16 December 2013

Awie-Ratuku with lyrics

15 December 2013

Nukilanku

“ Tika senja melabuh tirai , bermulalah malam , aku sangat resah dan penat , aku selalu terasa lelah melalui kehidupan seharian , aku berharap satu sinar yang boleh mengubah kehidupan , setiap hari aku meneliti kamus hidup yang mula menipis  titipan amal baik bahkan makin menebal amal buruknya .. Aku mula hilang punca , aku mula mencari sesuatu yang boleh mengisi kekosongan ini , tiap kali aku merenung alam dan isi buananya aku merasakan aku kerdil , aku kerap juga melihat keletah insan yang berada di sekelilingku , ada yang gembira , sedih  dan pelbagai lagi rempah ratus kehidupan yang berada di hadapan mataku ..
Sibukkah aku melihat kejadian - kejadian  ini ? fahamkah aku hakikat yang ada terbentang dan terhampar di bumi ini ? Aku insan lemah kerapkali tersalah langkah , kerapkali cuba mengubah keadaan , aku mula tersungkur dek nafsu sendiri , aku faham manusia diilhamkan baik dan buruk , Cuma bergantung padaku  yang manakah yang menjadi pilihanku , samada kerugian ataupun keuntungan .. semuanya sudah terhampar di depanku .. Aku kena membuat pilihan yang tepat ..
Tipulah jika aku katakan aku tidak di kelilingi kawan2 , aku pun seperti insan lain .. aku punyai ramai teman , kadangkala aku penuhi hak mereka , kadangkala aku teralpa .. aku faham hak ukhwah yang  patut kutunaikan , tapi kadangkala aku rasa mereka kerapkali meminta sesuatu yang lebih dari kemampuanku , selalu aku cuba fahami mereka , duduk bersama memahami kesusahan mereka , namun aku tetap dipinggirkan , apa salahku ? adakah aku pernah menyakiti mana2 insan tanpa aku sedari .. penat bila aku berfikir tentang semua ni .. aku tahu aku tak berhak menyalahkan teman2ku .. semua ini datang dari kelemahan yang aku tak cuba untuk baiki ..
Aku manusia biasa , lebih suka menyendiri .. adakala aku suka bergembira , adakala aku lebih suka melayan sesuatu yang boleh menghillangkan kebosananku , kadang2  bukan aku tak suka bergaul , berborak tapi takut terjerumus ke perkara batil , benar aku patut bergaul dengan teman .. bukan aku tak pernah buat semua tu , aku buat tapi bila dah mula berborak , aku terlupa , aku teralpa , hinggalah aku mula seronok menceritakan kelemahan2 dan keburukan orang lain , akhirnya aku terjebak ke kancah umpatan , aku dah tak larat nak makan daging saudara sendiri , biarlah aku bergaul , berbual atas dasar keperluan dan memenuhi hak yang sepatutnya .. aku tak mahu menjadi sesetgh manusia yang mampu berlakon depan manusia lain tapi hakikatnya bila di balik tabir mereka hebat mengumpat orang lain .. cukuplah apa yang pernah kulakukan sebelum ni ..
Bila sentuhan insani masih tersimpul dek masalah2 yang tak pernah berakhir , aku mula menyedari satu hakikat yang sepatutnya aku dahulukan , sentuhan tarbawi yang aku dapati , membuat aku menginsafinya .. rupanya hakikat aku selaku hambaMu dilupakan Ya Allah .. terlalu jauh aku darimu .. terlalu leka aku dengan kemungkaran yang bermaharajala di hatiku, berkaratkah hatiku , air peluntur apa yang patut aku gunakan untuk mencuci karat2 yang bertahta di hati ini , tak lain dan tak bukan aku mesti .. aku pasti…. aku kena kembali padaMu ya Allah… aku kena menghisab kembali amalan2 ku terhadapMu, aku sedar dan tersangat ingat satu kenyataan ini, jika hubungan ubudi ku terhadapMu tidak tertunai maka kucar-kacirlah hubunganku dengan manusia, kini aku fahami bahawa semua kepahitan dan keperitan yang aku  lalui,  hasil dari lemahnya imanku dalam mensyukuri nikmat kurniaanMu, Ya Allah tangisanku, pengabdianku di malam syahdu ini, bakal melahirkan taubat setulus nuraniku padamu… Ya Allah ampunilah dosaku… kuatkanlah aku dalam mengejar redhamu, kuatkanlah aku dalam menghadapi mehnahmu… sungguh aku berharap ujianmu takkan berhenti untukku, seiring dengan ingatanku yang tak pernah putus padamu… Ya Allah kurniakanlah aku ketenangan, kejayaan yang bakal  menyemarakkan lagi amalku dalam mencari redhamu ya Allah… kau jadikanlah aku manusia yang mampu menghargai pemberianmu selari suruhan2mu ya Allah… Kuatkanlah hubungan sesama manusia ya Allah… kukuhkan ukhwah kami ya Allah… moga tangisanku, lambaran ubudiahku yang tulus ini, menjadi nilaian nikmatmu… ya Allah ampunkanlah aku… ya Allah ampunkanlah aku…”
P/s: Adakala kita merasa sempurna, namun kekhilafan muncul pula, itu buktinya Allah mahu menunjukkan kepada kita betapa kucar-kacirnya hidup kita, hasil dari lemahnya hubungan kita denganNya…