Showing posts with label HPA. Show all posts
Showing posts with label HPA. Show all posts

19 August 2009

IMT - HPA's Painkiller for H1N1


Alhamdulillah...dapat jugak aku stok air Kordial Roselle yang semakin kurang stoknya. Aku tempah awal-awal lagi supaya tidak menghampakan pelanggan. Maklumlah kepuasan pelanggan kita kena jaga. Dalam pada itu pulak aku boleh teringatkan saranan Tuan Haji Ismail PU HPA, supaya mengamalkan IMT untuk imuniti badan.

Jikalau seseorang dijangkiti wabak H1N1 dinasihatkan supaya mengambilkan dos kapsul berlainan iaitu 2 biji setiap 2 jam atau 4 biji setiap 4 jam sehingga sembuh. InsyaAllah penyakit berkenaan boleh dirawati dan diubati. Kawan-kawan yang di luar sana kalau masih lagi demam tak baik-baik, cubalah IMT ini. Saya masih lagi dalam peringkat awal penggunaan.

Difahamkan IMT ini tiada kesan sampingan selepas pengambilannya, tetapi akan mengalami simptom proses penambahbaikkan dan pemulihan imuniti badan kita. Oleh kerana ia adalah herba dan bukan diperbuat daripada bahan kimia atau dadah yang selalunya akan ada kesan sampingan. Ini memang terbukti dan ternyata. Berikut adalah beberapa kebaikkan dan khasiat IMT :-

  • Menguatkan sistem pertahanan badan @ antibodi.
  • Mengandungi herba hempedu bumi dan herba untuk deep cleansing.
  • Melancarkan peredaran darah, mengurangkan berat badan dan mengatasi masalah angin dalam badan.
  • Melawas pembuangan air kecil.
  • Membantu melancarkan sistem penghadaman, mengatasi masalah .sembelit dan melawaskan pembuangan air besar.
  • Mengurangkan masalah jerawat dan masalah penyakit kulit.
  • Melegakan batuk, demam dan selsema.


Ulasan/Artikel Tulisan Tn Haji Ismail bin Haji Ahmad, Pengarah Urusan HPA Tentang Produk Kapsul IMT

IMT - Pain killer daripada HERBA.

Sesudah sekian lama masyarakat menggunakan ubat tahan sakit daripada kimia. kini HPA berjaya memperkenalkan pain killer daripada herba yang dikenali sebagai IMT. IMT bukan sahaja menghilangkan kesakitan tetapi ia merupakan anti peradangan yang kuat dan tidak meninggalkan kesan sampingan seperti ubatan yang lain.

Hari ini kita bercakap tentang side effect sesuatu ubatan kimia tetapi kita juga perlu dalam masa yang sama menyediakan pengganti kepada ubatan yang sering digunakan seisi rumah. Syukur kerana IMT ternyata memberikan kesan kelegaan sakit lebih cepat atau sama dengan ubatan kimia tetapi tanpa bahan yang boleh memberikan kesan negatif dalam jangkamasa yang panjang .

Amin.





17 August 2009

PERASMIAN CAWANGAN SHAH ALAM


TARIKH: 06 SEPT, 2009 [AHAD] / 17 RAMADHAN 1430HIJRAH
MASA: 6:00 PETANG


MAJLIS PERASMIAN CAWANGAN AKAN DISEMPURNAKAN OLEH PENGURUS BESAR ENCIK MOHAMAD FAISOL.
SEMUA DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI UNTUK BERBUKA PUASA BERSAMA.

09 August 2009

HPA - Memang berbaloi-baloi............

Sesiapa yang belum daftar jadi ahli adalah dianjurkan supaya mendaftarkan diri supaya dapat harga 25% lebih murah disamping boleh diniagakan. Aku memang cukup suka dengan produk HPA ni, bukannya apa memang bagus dan banyak kebaikkannya. Sudah terbukti berkesan dan banyak testimonial dari pengguna Herba Penawar Al-Wahida ini. Perubatan herba atau lebih mudah lagi dikenali dengan perubatan tradisional ini sebenarnya lebih kurang risiko dan kesan sampingannya dari produk dan ubatan yang menggunakan dadah atau perubatan moden. Kini dunia herba telah mengalami proses perubahan seiring dengan kemajuan teknologi sains terkini iaitu bio teknologi dan juga nano teknologi. Adanya teknologi-teknologi ini lebih memudahkan lagi kajian dan pembangunan untuk dunia herba kita. Ternyata dan terbukti sememangnya perubatan herbalah yang akan bakal menguasai pasaran global.

Manusia kini telah mulai sedar dan memahami akan apa yang dimaksudkan dengan Alamiah atau dikenali sebagai "Kembali ke alam semulajadi" atau "Back to nature." Para saintis dan pakar nutrisi juga sendiri telah mengakui bahawa perubatan moden walaupun dikatakan menangani penyakit, langkah perawatan yang diambil membawa banyak keburukkan dari kebaikkan. Ini terbukti apabila wujudnya pelbagai kesan sampingan yang serius setelah pengamalan perubatan moden dijalankan.

Sehubungan dengan ini HPA telah membuka peluang yang seluas-luasnya untuk mengajak semua sekalian untuk bersama dalam menjayakan sebuah perniagaan atau muamalah yang unik inidan sudah tentunya pihak HPA menawarkan suatu pendapatan yang bukan saja menarik dan lumayan malahan penuh barakah. InsyaAllah.

Kenapa dikatakan barakah ? Pertama sekali sebagai muslim sejati HPA memastikan perniagaan yang ditawarkan ini bebas sama sekali dari sebarng amalan riba'. Keduanya pihak HPA tidak akan bersyubahah dan akan memastikan sumber bahan mentah yang digunakan adalah tidak bertentangan dengan hukum syarak. Seterusnya pihak HPA akan menentukan para pekerjadan juga par pengedar mematuhi etika sebagai para muslim sejati supaya kita semua InsyaAllah akan mendapat perlindungan dan dimurahkan rezaki di mana-mana jua kita berada. InsyaAllah.





p/s :( Sebahagian petikan adalah dari Pengarah Urusan HPA )